"Siapa yang mengetuk pintu itu?" tanya Fudhail apabila mendengar pintu rumahnya di ketuk bertalu-talu.
"Amirul Mukminin!" jawab Barmasid pegawai yang mendampingi Khalifah Harun. "Khalifah? Apa urusan baginda denganku dan apa yang harus aku lakukan padanya?" tanya Fudhail.
"Buka saja pintu ini. Bukankah menjadi kewajipan kepada kita untuk taat kepada pemimpin?" Pintu dibuka, lalu khalifah dan Barmasid masuk ke dalam rumah Fudhail, lelaki alim itu segera memadamkan lampu supaya wajahnya tidak dapat di lihat oleh khalifah dan pembantunya tadi. Khalifah Harun menghulurkan tangan lalu salam itu disambut oleh Fudhail.
"Begitu halus dan lembut telapak tangan ini," ucap Khalifah Harun selepasmenjabat tangan Fudhail.
"Kalaulah tangan dan telapak tangan ini dapat membebaskan diri dari api neraka...." ucap Fudhail sambil meninggalkan mereka untuk menunaikan solat.
Hati Khalifah Harun sangat tersentuh dengan kata2 Fudhail itu hingga baginda menangis tersedu-sedan. Sesudah solat, Fudhail kembali menemui Khalifah Harun. "Fhudhail sampaikanlah sesuatu kepadaku!" minta Amirul Mukminin.
Fuidhail tidak keberatan lalu memberikannya nasihat. Kata Fudhail, "Nenek moyangmu, iaitu bapa saudara Nabi S.A.W, pernah meminta kepada Nabi agar menjadikannya sebagai pemimpin. Nabi menjawab," Wahai bapa saudaraku, untuk sementara aku jadikan engkau pemimpin dirimu sendiri. Maksudku, lakukan ketaatan terhadap Allah walaupun sesaat, itu lebih baik daripada seribu tahun orang mentaatimu. Ingatlah, kekuasaan akan menyebabkan penyesalan di hari kebangkiutan kelak."
"Teruskan nasihatmu itu, Fudhail," rayu Khalifah Harun. Fudhail menyambung nasihatnya, kali ini tentang Umar Abdul Aziz, Khalifah Bani Umaiyyah yang amat dihormati rakyat. Kata Fudhail,"Ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, dia memanggil Salim bin Abdullah, Raja bin Hayat dan Muhammad bin Ka'ab. Umar bin Abdul Aziz berkata,'Aku sedang ditimpa ujian. Apa yang patut aku lakukan? Aku tahu jawatan tinngi itu satu ujian, walaupun sebahagian besar orang menganggap kekuasaan itu anugerah yang Maha Hebat'.
"Salah seorang daripada mereka berkata,'Jika tuan ingin membebaskan diri daripada hukuman Allah di akhirat nanti, pandanglah orang muslim yang sudah tua itu seolah-olah ayah tuan. Dan,anggaplah semua orang yang berusia lebih muda dari tuan sebagai saudara tuan. Anak-anak muda yang muslim pula, tuan anggap sebagai anak-anak sendiri. Layanlah mereka sebagai ayah, saudara dan anak'.
"Anggaplah wilayah Islam seakan-akan rumah tuan sendiri, dan penduduknya keluarga tuan. Kunjungilah ayah-ayahmu dan hormatilah saudara-saudaramu. Jadilah ayah yang baik pada anak-anak tuan," cerita Fudhail supaya Khalifah Harun tidak lalai daripada tanggungjawabnya kepada Allah sepanjang menjalankan kekuasaannya.
Setelah itu Fudhail berkata lagi, "Wahai Amirul Mukminin, aku khuatir kalau-kalau wajahmu yang tampan ini terpaksa dijilat api neraka. Jadi,takutlah engkau kepada Allah dan taatilah semua perintah dan laranganNya. Berhati-hati dan bijaksanalah, kerana pada hari kebangkitan nanti Allah akan menyoalmu tentang tindakanmu kepada setiap Muslim.
"Dia akan minta pertanggungjawab atas segenap perlakuanmu terhadap mereka. Jika pada suatu malam ada seorang wanita tua yang tertidur tanpa memiliki makanan, maka ia akan menarik hujung pakaianmu pada hari itu dan akan memberikan kesaksian terhadap sikapmu."
Khalifah Harun al-Rasyid terus menangis mendengar nasihat itu. Dia meraung hingga hampir-hampir hilang kesedaran kerana begitu takut dengan besarnya dan beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin. Khalifah Harun takut kalau di akhirat kelak dia akan dihumban ke neraka kerana telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh Allah itu.
"Cukup! Engkau telah membunuh Amirul Mukminin!" marah Barmasid, si pegawai yang mendampingi khalifah.
"Diam kau, Haman!" gertak Fudhail. "Engkau dan anak-anak buahmu yang menghancurkan Amirul Mukminin, sekarang engkau menuduh aku yang membunuhnya! Apakah ini pembunuhan?"
Tangisan Khalifah Harun semakin menjadi-jadi selepas mendengar tengkingan Fudhail tadi. "Kau menyebut pendampingku Haman..." kata khalifah sambil menatap Fudhail, "Bererti, kau menyamakan aku dengan Firaun," ucap Khalifah Harun lalu bertanya kepada mualim itu; "Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dijelaskan?"
"Ya," jawab Fudhail. "Iaitu hutang ketaatan dengan Allah. Jika Dia menagih pembayaran dariku, maka sengsaralah aku."
"Yang kumaksudkan ialah hutangmu kepada orang lain, Fudhail..." jelas Khalifah Harun. "Alhamdulillah, Dia memberiku rezeki yang melimpah-ruah, sehingga aku tidak mengeluh kepada hambaNya,"sindir Fudhail.
Lalu khalifah meletakkan pundi-pundi berisi wang dinar di hadapan Fudhail. "Ini wang halal, warisan ibuku. Ambillah sebagai hadiah dariku," ucap Khalifah Harun.
Fudhail tiba-tiba menjadi marah. "Amirul Mukminin, tidak ada gunanya nasihat yang aku berikan tadi, kerana sekarang ini engkau mula melakukan dosa dan tidak meneruskan keadilan!"balas Fudhail.
"Apa yang salah dengan tindakanku tadi?" khalifah terpinga-pinga. Aku menasihatimu supaya kau selamat. Tetapi engkau mendedahkan aku pada godaan, "balas Fudhail. "Aku mahu kau kembalikan pada yang berhak, tetapi kau memberikannya pada yang tidak memerlukan. Kalau begitu sikapmu, tidak ada gunanya nasihat aku tadi!" kata Fudhail, lalu terus bangkit dari hadapan khalifah dan melemparkan sekantung wang emas dinar pemberian Amirul Mukminin tadi, ke luar pintu.
>>>Nama sebenar Fudhail bin Iyadh ialah Abu 'Ali al-Fudhail bin Iyadh
al-Talaqani(187H/803M). Beliau lahir di Khurasan, Iraq dan asalnya
adalah ketua perompak. Selepas bertuabat, Fudhail ke Kufah dan
seterusnya ke Mekah untuk menunaikan haji. Fudhail seorang
ahli hadis yang masyhur dan dikagumi kerana berani berkata sesuatu
yang pahit, walaupun dihadapan pemimpin.
al-Talaqani(187H/803M). Beliau lahir di Khurasan, Iraq dan asalnya
adalah ketua perompak. Selepas bertuabat, Fudhail ke Kufah dan
seterusnya ke Mekah untuk menunaikan haji. Fudhail seorang
ahli hadis yang masyhur dan dikagumi kerana berani berkata sesuatu
yang pahit, walaupun dihadapan pemimpin.
No comments:
Post a Comment