Search This Blog

Saturday, July 31, 2010

Mengapa Ibu Menangis...??

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya.

"Ibu,mengapa ibu menangis?".

Ibunya menjawab,

"Sebab aku wanita.”

" Saya tidak mengerti," kata si anak lagi.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

"Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.

"Ayah,mengapa ibu menangis ?"

Sang ayah menjawab,

"Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting.

Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.

Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri………...

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun.

Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur.

Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya.

Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya.

Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...

Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata…..

" Ini airmata kehidupan."

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki....

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan yang lain-lainnya. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Thursday, January 7, 2010

Pemimpin "Tiada guna aku menasihatimu"

Suatu malam Khalifah Harun al-Rasyid memanggil pegawai pengiringnya, Fadhil al-Barmasid supaya membawanya bertemu dengan seseorang yang boleh memberikannya nasihat dan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar, kerana baginda sudah letih dengan kemewahan dan takhta. Lalu pegawai tersebut membawa khalifah ke rumah seorang alim yang terkenal di kawasan itu. Nama mualim itu ialah Fudhail bin Iyadh.
"Siapa yang mengetuk pintu itu?" tanya Fudhail apabila mendengar pintu rumahnya di ketuk bertalu-talu.
"Amirul Mukminin!" jawab Barmasid pegawai yang mendampingi Khalifah Harun. "Khalifah? Apa urusan baginda denganku dan apa yang harus aku lakukan padanya?" tanya Fudhail.
"Buka saja pintu ini. Bukankah menjadi kewajipan kepada kita untuk taat kepada pemimpin?" Pintu dibuka, lalu khalifah dan Barmasid masuk ke dalam rumah Fudhail, lelaki alim itu segera memadamkan lampu supaya wajahnya tidak dapat di lihat oleh khalifah dan pembantunya tadi. Khalifah Harun menghulurkan tangan lalu salam itu disambut oleh Fudhail.
"Begitu halus dan lembut telapak tangan ini," ucap Khalifah Harun selepasmenjabat tangan Fudhail.
"Kalaulah tangan dan telapak tangan ini dapat membebaskan diri dari api neraka...." ucap Fudhail sambil meninggalkan mereka untuk menunaikan solat.
Hati Khalifah Harun sangat tersentuh dengan kata2 Fudhail itu hingga baginda menangis tersedu-sedan. Sesudah solat, Fudhail kembali menemui Khalifah Harun. "Fhudhail sampaikanlah sesuatu kepadaku!" minta Amirul Mukminin.
Fuidhail tidak keberatan lalu memberikannya nasihat. Kata Fudhail, "Nenek moyangmu, iaitu bapa saudara Nabi S.A.W, pernah meminta kepada Nabi agar menjadikannya sebagai pemimpin. Nabi menjawab," Wahai bapa saudaraku, untuk sementara aku jadikan engkau pemimpin dirimu sendiri. Maksudku, lakukan ketaatan terhadap Allah walaupun sesaat, itu lebih baik daripada seribu tahun orang mentaatimu. Ingatlah, kekuasaan akan menyebabkan penyesalan di hari kebangkiutan kelak."
"Teruskan nasihatmu itu, Fudhail," rayu Khalifah Harun. Fudhail menyambung nasihatnya, kali ini tentang Umar Abdul Aziz, Khalifah Bani Umaiyyah yang amat dihormati rakyat. Kata Fudhail,"Ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, dia memanggil Salim bin Abdullah, Raja bin Hayat dan Muhammad bin Ka'ab. Umar bin Abdul Aziz berkata,'Aku sedang ditimpa ujian. Apa yang patut aku lakukan? Aku tahu jawatan tinngi itu satu ujian, walaupun sebahagian besar orang menganggap kekuasaan itu anugerah yang Maha Hebat'.
"Salah seorang daripada mereka berkata,'Jika tuan ingin membebaskan diri daripada hukuman Allah di akhirat nanti, pandanglah orang muslim yang sudah tua itu seolah-olah ayah tuan. Dan,anggaplah semua orang yang berusia lebih muda dari tuan sebagai saudara tuan. Anak-anak muda yang muslim pula, tuan anggap sebagai anak-anak sendiri. Layanlah mereka sebagai ayah, saudara dan anak'.
"Anggaplah wilayah Islam seakan-akan rumah tuan sendiri, dan penduduknya keluarga tuan. Kunjungilah ayah-ayahmu dan hormatilah saudara-saudaramu. Jadilah ayah yang baik pada anak-anak tuan," cerita Fudhail supaya Khalifah Harun tidak lalai daripada tanggungjawabnya kepada Allah sepanjang menjalankan kekuasaannya.
Setelah itu Fudhail berkata lagi, "Wahai Amirul Mukminin, aku khuatir kalau-kalau wajahmu yang tampan ini terpaksa dijilat api neraka. Jadi,takutlah engkau kepada Allah dan taatilah semua perintah dan laranganNya. Berhati-hati dan bijaksanalah, kerana pada hari kebangkitan nanti Allah akan menyoalmu tentang tindakanmu kepada setiap Muslim.
"Dia akan minta pertanggungjawab atas segenap perlakuanmu terhadap mereka. Jika pada suatu malam ada seorang wanita tua yang tertidur tanpa memiliki makanan, maka ia akan menarik hujung pakaianmu pada hari itu dan akan memberikan kesaksian terhadap sikapmu."
Khalifah Harun al-Rasyid terus menangis mendengar nasihat itu. Dia meraung hingga hampir-hampir hilang kesedaran kerana begitu takut dengan besarnya dan beratnya tanggungjawab sebagai pemimpin. Khalifah Harun takut kalau di akhirat kelak dia akan dihumban ke neraka kerana telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh Allah itu.
"Cukup! Engkau telah membunuh Amirul Mukminin!" marah Barmasid, si pegawai yang mendampingi khalifah.
"Diam kau, Haman!" gertak Fudhail. "Engkau dan anak-anak buahmu yang menghancurkan Amirul Mukminin, sekarang engkau menuduh aku yang membunuhnya! Apakah ini pembunuhan?"
Tangisan Khalifah Harun semakin menjadi-jadi selepas mendengar tengkingan Fudhail tadi. "Kau menyebut pendampingku Haman..." kata khalifah sambil menatap Fudhail, "Bererti, kau menyamakan aku dengan Firaun," ucap Khalifah Harun lalu bertanya kepada mualim itu; "Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dijelaskan?"
"Ya," jawab Fudhail. "Iaitu hutang ketaatan dengan Allah. Jika Dia menagih pembayaran dariku, maka sengsaralah aku."
"Yang kumaksudkan ialah hutangmu kepada orang lain, Fudhail..." jelas Khalifah Harun. "Alhamdulillah, Dia memberiku rezeki yang melimpah-ruah, sehingga aku tidak mengeluh kepada hambaNya,"sindir Fudhail.
Lalu khalifah meletakkan pundi-pundi berisi wang dinar di hadapan Fudhail. "Ini wang halal, warisan ibuku. Ambillah sebagai hadiah dariku," ucap Khalifah Harun.
Fudhail tiba-tiba menjadi marah. "Amirul Mukminin, tidak ada gunanya nasihat yang aku berikan tadi, kerana sekarang ini engkau mula melakukan dosa dan tidak meneruskan keadilan!"balas Fudhail.
"Apa yang salah dengan tindakanku tadi?" khalifah terpinga-pinga. Aku menasihatimu supaya kau selamat. Tetapi engkau mendedahkan aku pada godaan, "balas Fudhail. "Aku mahu kau kembalikan pada yang berhak, tetapi kau memberikannya pada yang tidak memerlukan. Kalau begitu sikapmu, tidak ada gunanya nasihat aku tadi!" kata Fudhail, lalu terus bangkit dari hadapan khalifah dan melemparkan sekantung wang emas dinar pemberian Amirul Mukminin tadi, ke luar pintu.


>>>Nama sebenar Fudhail bin Iyadh ialah Abu 'Ali al-Fudhail bin Iyadh
al-Talaqani(187H/803M). Beliau lahir di Khurasan, Iraq dan asalnya
adalah ketua perompak. Selepas bertuabat, Fudhail ke Kufah dan
seterusnya ke Mekah untuk menunaikan haji. Fudhail seorang
ahli hadis yang masyhur dan dikagumi kerana berani berkata sesuatu
yang pahit, walaupun dihadapan pemimpin.

Wang Halal atau..??????

Pada suatu hari, seorang lelaki datang menjumpai ulama zuhud yang bernama Abu Nasr Bisyir bin al-Harits (150H-227H) untuk meminta nasihat. "Wahai Bisyir," kata lelaki itu, "aku mempunyai dua ribu dirham yang diperolehi dengan cara halal. Dengan wang ini aku ingin pergi menunaikan haji. Apa pandanganmu?"

Jawab Bisyir, "Jika engkau benar2 ingin menggembirakan Allah, maka pergilah! Tetapi jangan lupa, bayarkanlah hutang seseorang! Atau, berikan wang itu kepada anak yatim atau orang miskin. Menggembirakan manusia lain dengan pemberianmu itu akan lebih menyenangkan Allah daripada melakukan ibadat haji seribu kali," jawab Bisyir...

"Tetapi aku ingin menunaikan ibadat haji terlebih dahulu," balas lelaki tersebut, cuba untuk mematahkan nasihat Bisyir.

"kalau demikian, bererti engkau memperoleh wang itu dengan cara yang tidak baik," tegas Bisyir. Aku tahu , engkau tidak akan tenang sebelum engkau menghabiskan wang tersebut!," sambung Bisyir.